Jika anda datang daripada Lebuhraya PLUS dan exit di toll Simpang Empat, anda akan bertemu bulatan dan ambil kiri ke Alor Gajah. Bermula daripada bawah jembatan (highway) ini anda akan melalui lebuh AMJ.
Terus sahaja ikut Lebuh AMJ ini sehingga berjumpa trafic light yang ke 7, di persimpangan lampu trafik ke 7 ( atau lebih dikenali dengan Persimpangan Datuk Seri Mohd Zin) ini anda belok ke kiri (papan tanda menyebut ke Macap Baru dan Durian Tunggal).
Beberapa meter sahaja daripada simpang ini sebelah kiri adalah Pengkalan Bird Sanctuary.
No comments:
Post a Comment